JOM BELAJAR KEK DEKO!

Image result for photography nozzle cake

Baca tajuk je mesti dah eksited nih..takpa jangan risau hari ni kak MIZ nak ajar u all step by step teknik-teknik untuk korang mahir deko kek ala2 pro..

semestinya persiapan sebelum deko tu amat lah penting sebelum memulakan kungfu deko ni..

apa yang perlu ada:

  • buttercream
  • sponge kek
  • spatula
  • pemotong kek
  • turntable
  • scrapper
  • kain lap
  • cake board
  • plastic cone (buat bunga)
  • nozzel

dah ready nk berkarya?

step 1: POTONG KEK

kek yang dh dibakar tu mesti dipotong 3 layer atau 2 layer ikut kesesuaian.guna pisau kek yang sesuai atau pemotong kek yang boleh dibeli di kedai bakery ingredients..

STEP 2: SALUT BUTTERCREAM

kek yang dh ready tu boleh mula di icing setiap layer menggunakan spatula.pastikan tidak terlalu tebal dan terlalu nipis.

Image result for photography cake frosting

STEP 3: PIPE NOZZLE

pilih nozel yang sesuai utk deko yang hendak dihasilkan.

Image result for photography nozzle cake

teruskan melatih hingga mahir..insyaallah anda akan mahir..ingat proses deko ni kadang menguji kesabaran kita namun jgn pernah putus asa kalau anda hendak mahir dlm bidang ni..bila dh mahir hasilnya pasti ”wow”.

tunggu post seterusnya,cik miz akan post video deko pula.

4 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Baking

Okay, merujuk kepada tajuk..cik miz nak share lah apa yang kita kena tahu sebelum kita mula baking. walaupun korang belajar dr google,yotube je ke tapi takpa, orang cakap practice makes perfect.
 jom mentelaah bersama!
#1 Kenali bahan yang digunakan.
Oh, mula-mula familiarkan diri korang yang serba taktahu tu dengan bahan yang biasanya digunakan dalam dunia baking. Contohnya dulu tak tahu self raising flour tu cemana.ce try bertungkus lumus google sana sini, barulah tahu pakai tepung sauh pun boleh..tambah baking soda dengan baking powder..setel.
Bahan seperti ovalette, tartar powder, brown sugar, aising sugar kena tahulah especially bila dah tertera dalam resepi yang kita nak cuba. Bila bahan tu terasa asing, buat kajian lah sikit. Kadang tu boleh ja buat walau tak ikut sebijik resepi tapi ada lah kurang sikit rasa dia kan. So, rajinkan usaha untuk membaca pasal bahan-bahan ini ye.
#2 Kenali term digunakan.
Oh ya, selain daripada mengenali bahan kena kenali term yang digunakan. Kukus, bakar, sangai, steam bath @ bain marie haa semua tu kena tahu sebab kalau nak hasil best kena ikut exactly resepi. Bukan apa, newbie ni selalu blur kadang resepi cakap A buat B sebab rasa macam nak koboi saja dengan harapan menjadi haha lepastu macam-macam kejadian la resultnya..haha. Tak salah mencuba baideway..tapi make sure kau tahu kat mana kau koboikan resepi itu sebab lepasni boleh adjust balik. Orang kata belajar dari kesilapan nanti tak buat benda salah dua kali.
#3 Kenali peralatan anda.
Ya, kenali mixer, oven, periuk pengukus anything la yang hangpa perlu guna.  Kalau nak test mula-mula tu, apa kata try buat cupcake/muffin at least kalau jadi arang pun cinonet ja.. Banyak juga peralatan nak kena beli dan belajar guna seperti measuring spoon, penimbang, spatula, penapis halus tu dan banyak lagi. Apa yang penting, usaha dulu. Dan always buat small notes tentang teknik yang hang buat. Senang, kot lah nanti hasil baking hang go wrong somewhere boleh pi rujuk kat pakar. Kalau ada small notes senang, tak pening kepala nak cari salah kat mana.
#4 Ketahui tips dan saranan dari resepi atau tanya pakar
Again..membaca dan buat sedikit kajian akan membantu anda. Sebab tiada yang mudah dalam dunia ni..gittew..haha. Tips dari resepi yang tuan punya resepi bagi sebenarnya banyak faedahnya supaya kita betul faham apa kita nak buat. Contohnya, jangan terus letak ganache atas kek semasa kek baru keluar oven a.k.a panas. Tapis puding sebelum masuk loyang ketika nak buat puding karamel sebab kalau tak, nanti tak cantik la result puding anda. Cucuk guna garfu pada kulit tart semasa baking dan banyak tips lain lagi. Rajinkanlah diri anda mencari bahan bacaan ye. 🙂
all the best girls!